Welcome to The Official Website of Computer Centre Site Map | FAQs | Staff Directory | Support | W3C

Text Size

Kursus Audit Dalam ISO 27001 ISMS

kursusauditiso

Pusat Komputer telah menganjurkan Kursus Audit Dalam ISO 27001 (ISMS) selama dua (2) hari iaitu pada 7 dan 8 Julai 2013 di Hotel Bustani, Jitra. Kursus ini telah dihadiri oleh peserta dari dalam dan luar UUM. Penceramah yang dijemput untuk mengendalikan kursus ini ialah Encik Mohd Nazim Harun daripada Tujuan Cahaya Resources. Peserta dari Pusat Komputer UUM yang telah dilantik sebagai Juru Audit Dalam ISO 27001, terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari berbagai unit. Manakala, peserta dari luar adalah Pasukan ISMS dari Majlis Bandaraya Alor Setar  (MBAS).

Kursus Audit Dalam ISO 27001 (ISMS) ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai pelaksanaan audit mengikut keperluan ISO 27001 kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Audit Dalam ISMS. Di samping itu, ia juga merupakan salah satu daripada keperluan ISO 27001. Kursus ini juga merupakan salah satu langkah persediaan awal untuk menghadapi proses Audit Dalam ISO 27001 yang dijangka bermula pada awal bulan Ogos 2013.

Habis. 

 

===========================================
DARIPADA:
PUSAT KOMPUTER
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 6666
FAKS: 04-928 5170