English Arabic Chinese (Simplified) Malay Thai

Audit Pematuhan (Surveillance) SIRIM ISO 27001 (ISMS)

large

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dengan hormatnya  dimaklumkan bahawa SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah mengadakan  Audit Pematuhan (Surveillance) untuk pensijilanISO/IEC 27001:2007  (Information Security Management System - ISMS). Juruaudit dari SIRIM adalah Encik Mohammad Hamidi bin Yusop. Tahun ini merupakan tahun kedua audit untuk ISO 27001. Audit dilakukan di  UUMKL (Data Recovery Centre) pada 30 September 2013 dan di Pusat Komputer pada 1 dan 2 Oktober 2013.

Alhamdulillah keputusan audit tersebut hanya satu (1) peluang penambahbaikan (OFI) yang diberikan kepada UUM. Semoga dengan keputusan yang baik ini akan meningkatkan lagi tahap pengurusan keselamatan maklumat di UUM.

Sekian, terima kasih.

 Print  Email

mygov msc mampu myideas myline krste sirim logo uum png